Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Ingin saya mulakan dengan sepotong hadis,
Sabda Rasulullah s.a.w : “Adalah Jibril apabila datang
kepadaku, yang pertama diberikannya kepadaku
ialah Bismillahir rahmaanir rahiim.”
(Darulquthni dan Ibnu Umar r.a.)
Dari perkataan ‘pertama’ itu sendiri, dapat jangka tak apa
yang saya fikirkan? (kalau tak dapat, takpelahh.)
Actually, inilah dia, entri saya yang ‘pertama’.
Alhamdulillah.
Dimulakan dengan nama Allah itu sendiri agar lebih
mendapat keberkatan daripadaNya
insyaAllah tiap- tiap entri lain juga akan begitu.
Macam common thing, apabila ada antara kawan-kawan kita
yang memulakan kata-katanya dengan bacaan basmalah.
“Bismillahirrahmaanirrahim. My name is.. ..
..”
“Bismillahirrahmaanirrahim. Hari
ni saya nak kongsi tentang… .. “
“Bismillahirrahmaanirrahim.
Allahumma bariklana fima rozaktana waqina aza bannar.” (Eh?)
dan macam-macam lagi.
Common kan? Dulu saya pun ikut-ikut kawan je. Bermulanya,
bila tak berapa pandai sangat nak cakap
di hadapan khalayak ramai. Terutamanya bila sesi taaruf apabila kita join
apa-apa program. So, tengok-tengoklah macam mana orang lain buat dulu. Follow
by example. Hihi. Alhamdulillah, sedikit sebanyak sekarang terbiasa. Know what,
actually there is something beyond this common practise. Subhanallah.
Bersabda Rasulullah saw : “Ada suatu kaum yang datang pada hari Qiamat
nanti dengan mengucapkan Bismillahir rahmaanir rahiim lebih berat kebajikan
mereka daripada keburukan mereka. Lalu berkata umat-umat yang lain: “Alangkah
beratnya imbangan amal kebajikan mereka.”
Sesungguhnya, adapun yang menjadi sedemikian kerana mereka sentiasa
memulai segala perbicaraan mereka dengan Bismillahir rahmaanir Rahim. Kerana ia adalah isim Allah
Yang Maha Agung. Jika sekiranya diletakkan langit dan bumi serta segala isinya
ke atas neraca timbangan, nescaya beratlah lagi kalimah Bismillahir
rahmaanir rahiim. “
MasyaAllah, besarkan rahmat Allah dengan ayat Bismillahir
rahmaanir rahiim nih. Dan banyak lagi sebenarnya kelebihan dan kebaikannya
seperti menghalang jin dan syaitan, terpelihara dari bahaya dan musuh juga
penawar untuk menyembuhkan penyakit. Jom
perbanyakkan bacaan basmallah lepas nih, bukan bila hendak berkata-kata sahaja,
sebelum memulakan sesuatu perkejaan atau apa-apa aktiviti juga.
Love,
Puteri Atikhah J