Tuesday, 12 February 2013

Pembuka Bicara


Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Ingin saya mulakan dengan sepotong hadis,
Sabda Rasulullah s.a.w : “Adalah Jibril apabila datang kepadaku, yang pertama diberikannya kepadaku ialah Bismillahir rahmaanir rahiim.”
(Darulquthni dan Ibnu Umar r.a.)

Dari perkataan ‘pertama’ itu sendiri, dapat jangka tak apa yang saya fikirkan?  (kalau tak dapat,  takpelahh.)
Actually, inilah dia, entri saya yang ‘pertama’. Alhamdulillah.
Dimulakan dengan nama Allah itu sendiri agar lebih mendapat keberkatan daripadaNya
insyaAllah tiap- tiap entri lain juga akan begitu.

Macam common thing, apabila ada antara kawan-kawan kita yang memulakan kata-katanya dengan bacaan basmalah.

                “Bismillahirrahmaanirrahim. My name is.. .. ..”
                “Bismillahirrahmaanirrahim. Hari ni saya nak kongsi tentang… .. “
                “Bismillahirrahmaanirrahim. Allahumma bariklana fima rozaktana waqina aza bannar.” (Eh?)

                dan macam-macam lagi.

Common kan? Dulu saya pun ikut-ikut kawan je. Bermulanya, bila  tak berapa pandai sangat nak cakap di hadapan khalayak ramai. Terutamanya bila sesi taaruf apabila kita join apa-apa program. So, tengok-tengoklah macam mana orang lain buat dulu. Follow by example. Hihi. Alhamdulillah, sedikit sebanyak sekarang terbiasa. Know what, actually there is something beyond this common practise. Subhanallah.

Bersabda Rasulullah saw : “Ada suatu kaum yang datang pada hari Qiamat nanti dengan mengucapkan Bismillahir rahmaanir rahiim lebih berat kebajikan mereka daripada keburukan mereka. Lalu berkata umat-umat yang lain: “Alangkah beratnya imbangan amal kebajikan mereka.”

Sesungguhnya, adapun yang menjadi sedemikian kerana mereka sentiasa memulai segala perbicaraan mereka dengan Bismillahir  rahmaanir Rahim. Kerana ia adalah isim Allah Yang Maha Agung. Jika sekiranya diletakkan langit dan bumi serta segala isinya ke atas neraca timbangan, nescaya beratlah lagi kalimah Bismillahir rahmaanir  rahiim. “

MasyaAllah, besarkan rahmat Allah dengan ayat Bismillahir rahmaanir rahiim nih. Dan banyak lagi sebenarnya kelebihan dan kebaikannya seperti menghalang jin dan syaitan, terpelihara dari bahaya dan musuh juga penawar  untuk menyembuhkan penyakit. Jom perbanyakkan bacaan basmallah lepas nih, bukan bila hendak berkata-kata sahaja, sebelum memulakan sesuatu perkejaan atau apa-apa aktiviti juga.

Love,
Puteri Atikhah J